Saturday, January 3, 2009

Rozita Rohaizad Muncul Kembali

Setelah 18 tahun menyepi,, ROZITA ROHAIZAD kembali lagi dengan album ketiganya yang berjodol “Kekal Abadi”. Di terbit oleh syarikatnya sendiri iaitu “Yesbaby Music” , album tersebut sudah siap dan boleh di dapati di Guamuzik.com.my. Dengan sentuhan produser Kamal Jay dan juga Rozita Rohaizad, album “kekal abadi” bergenre pop rock.


Rozita Rohaizad, anak kepada seniman H.M. Rohaizad dan seniwati Mariani Ismail berhasrat mengabadikan album terbarunya sebagai album keluarga dengan menyelitkan suara ibunya dalam salah sebuah lagu yang berjodol “Rempit” . Adiknya Melissa Saila turut berduet dengan nya dalam lagu “Kini Ku Sedar” manakala anaknya Leila Arfah menyumbangkan suara latar belakang dalam enam buah lagu album tersebut


Rozita mula melibatkan diri dalam dunia seni pada akhir tahun 1979. Lagu lagu dari album pertamanya terbitan syarikat EMI menampilkan tiga buah lagu yang masih kerap kedengaran di corong corong radio. Lagu lagu seperti “Cik Cik boom”, “Joget Budaya” dan “Jalan Bersama” cukup di gemari sehingga kini. Rozita berjaya berlakon dalam tiga buah filem iaitu Setinggan, Serampang Tiga dan Dendam dari pusara dan juga beberapa buah drama terbitan RTM . Dalam filem Setinggan,Rozita turut menyumbangkan suaranya dalam lagu “Gugurnya mawar desa” ciptaan En. Kassim Masdor. Lagu ini telah di nobatkan sebagai lagu terbaik Filem pada pesta filem Malaysia 1983.


Rozita tidak rasa gentar dengan projek menghasilkan album terbarunya bersaingan dengan pendatang baru yang jauh lebih muda. Setelah pemergian suami tersayangnya hampir satu setengah tahun lalu, ibu tunggal ini merupakan generasi wanita Melayu terkini. Kesihatan diri berkat Illahi dan bakat semula jadi mendorongnya untuk terus menentukan legasi darah seninya itu akan terus mengalir .

1 comment:

  1. Adlina Husaini said...

    i penah tgk ur video clip.nice :D, thanks for coming to my blog
    March 7, 2011 1:35 PM

    ps: saya minta maaf kepada adlina husaini kerana posting asal anda terdelete semasa mengubah suai lelaman ini.

    * walaubagaimana pun ucapan ribuan terima kasih saya berikan, di atas sokongan dan pujian sdri tu, sangat saya hargai wassalam.

    ReplyDelete