Wednesday, January 28, 2009

Rozita Rohaizad kembali

Rozita Rohaizad kini tampil dengan album Kekal Abadi yang berkonsepkan pop rock. Setelah tidak muncul hampir 18 tahun, akhirnya anak seniwati Mariani ini mahu kembali ke dalam industri muzik tanah air.

Pernah merakamkan album Hari Yang Ku Nantikan pada tahun 1978 ciptaan Ahmad Nawab, Rozita tampil mempertaruhkan album Kekal Abadi yang masih ada ciri-ciri kemelayuan.

Mempertaruhkan 10 lagu dalam album terbarunya. Pastinya lagu Korban Cinta ciptaan Adin bakal menambat hati peminat-peminat Rozita. Korban Cinta yang mirip lagu Hingga Ke Akhirnya daripada album terdahulu, menampilkan petikan gitar daripada Izzat.

Dengarkan juga kolobrasi Rozita bersama adiknya Melissa Saila menyanyikan lagu Kini Ku Sedar. Terdapat juga sketsa suara Mariani dalam lagu Rempit.
Kekuatan vokal yang dimiliki oleh Rozita masih lagi seperti dulu dan suara huskynya terserlah dalam album kali ini. Pastinya Kekal Abadi akan menambat hati peminat penyanyi ini. Nikmati lagu-lagu lain seperti Syair Sang Bulan, Bayangan Cintamu, Panah Rindu dan Bertamu Memori.

Berita lanjut, sila rujuk edisi cetakan Utusan Malaysia atau langgani e-Paper di http://ebrowse.bluehyppo.com/utusan/index.asp

or clik disini http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0125&pub=Utusan_Malaysia&sec=Hiburan&pg=hi_06.htm

Saturday, January 3, 2009

Rozita Rohaizad Muncul Kembali

Setelah 18 tahun menyepi,, ROZITA ROHAIZAD kembali lagi dengan album ketiganya yang berjodol “Kekal Abadi”. Di terbit oleh syarikatnya sendiri iaitu “Yesbaby Music” , album tersebut sudah siap dan boleh di dapati di Guamuzik.com.my. Dengan sentuhan produser Kamal Jay dan juga Rozita Rohaizad, album “kekal abadi” bergenre pop rock.


Rozita Rohaizad, anak kepada seniman H.M. Rohaizad dan seniwati Mariani Ismail berhasrat mengabadikan album terbarunya sebagai album keluarga dengan menyelitkan suara ibunya dalam salah sebuah lagu yang berjodol “Rempit” . Adiknya Melissa Saila turut berduet dengan nya dalam lagu “Kini Ku Sedar” manakala anaknya Leila Arfah menyumbangkan suara latar belakang dalam enam buah lagu album tersebut


Rozita mula melibatkan diri dalam dunia seni pada akhir tahun 1979. Lagu lagu dari album pertamanya terbitan syarikat EMI menampilkan tiga buah lagu yang masih kerap kedengaran di corong corong radio. Lagu lagu seperti “Cik Cik boom”, “Joget Budaya” dan “Jalan Bersama” cukup di gemari sehingga kini. Rozita berjaya berlakon dalam tiga buah filem iaitu Setinggan, Serampang Tiga dan Dendam dari pusara dan juga beberapa buah drama terbitan RTM . Dalam filem Setinggan,Rozita turut menyumbangkan suaranya dalam lagu “Gugurnya mawar desa” ciptaan En. Kassim Masdor. Lagu ini telah di nobatkan sebagai lagu terbaik Filem pada pesta filem Malaysia 1983.


Rozita tidak rasa gentar dengan projek menghasilkan album terbarunya bersaingan dengan pendatang baru yang jauh lebih muda. Setelah pemergian suami tersayangnya hampir satu setengah tahun lalu, ibu tunggal ini merupakan generasi wanita Melayu terkini. Kesihatan diri berkat Illahi dan bakat semula jadi mendorongnya untuk terus menentukan legasi darah seninya itu akan terus mengalir .